Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum..
Perhubungan yang indah dan punya kemanisan adalah perhubungan yang disulami 1001 rintangan yang menberi kekuatan kepada insan yang berkasih tuk dititi dan diharungi bersama demi satu perhubungan yang suci di mana terselitnya elemen kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan di dalamnya..
Kadang2 Allah jarakkan hubungan kita,kemudian datangkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan..rupa2nya Allah nak hadiah kita rindu yang berpanjangan..
Perhubungan yang suci adalah perhubungan yang diredhai oleh Allah dan mendapat restu dari ibu bapa dan hubungan itu sentiasa jernih tanpa dicemari dosa dan noda..
Cinta adalah anugerah yang terbaik dari Allah kepada manusia di mana dalam cinta kita akan temu kasih sayang, kerinduan, kegembiraan, tangisan suka dan duka..Manisnya cinta bila kita sentiasa pertahankan ia walau seribu badai datang melanda..
Cinta datang dan pergi..namun bila cinta pergi..jangan dikesali perpisahan itu kerana ia hanyalah ujian bagi menguji sejauh mana kita tabah dalam menghadapinya dan mengbongkari kekuatan dalaman diri kita sendiri..
Cinta kadang2 merubah kita kepada seseorang yang lain tapi haruslah di ingat jadilah diri kita pada saat pertama kali kita bertemu pasangan kita kerana dari situlah bermulanya titik perhubungan..
dan kerana diri kita itulah dia menyayangi, mencintai dan mengagumi diri kita..
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..Kadang2 ada yang senang bertemu jodoh..n kadangkala ada yang sukar mencari jodoh..semua orang mengharapkan agar ditemui jodoh yang baik namun x semua yang dapat seperti apa yang diinginkan..Janganlah berduka n jangan lah kecewa kerana sesungguhnya Allah lah yang mengetahui disebalik penetapan jodoh tersebut dan hanya pada Allah jualah kita memohon..
Kasih sayang boleh dipupuk walau kita hanya mengenali pasangan selepas ijab dan kabul..Percayalah cinta akan tersemat di dalam kalbu tanpa kita sedar bila dan ape penyebab kita mencintai..Tiada yang terbaik antara 2 insan dalam perhubungan melainkan akad nikah..
Kadang2 sukar sekali kita menjawab persoalan tentang bagaimana kita boleh mencintai seseorang dan bila masa ianya hadir bersemadi di dalam jiwa..yang kita tahu kita amat menyayangi sehingga kita merasakan perlunya dia hadir bersama kita bagi melengkapi kehidupan ini..
psstttt Hargailah pasangan kita..moga cinta sentiasa mekar harum mewangi...Cinta sampai Syurga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan