Halaman

Our Sweet Home

Hye guys..this is our blog..with lots of luve..
We create it as to share some knowlegde..not just luve..
but if u wanna share, story to us ur story..
you can comment it..thanks^_^

Selasa, 1 Februari 2011

Berita hottt..

BANDUNG: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham, salah seorang bintang pop terkenal di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan rakaman video lucah bersama teman wanitanya di Internet.

Hukuman itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Golongan liberal berpendapat ‘hukuman malu’ ditanggung Ariel yang mendakwa rakaman video itu bukan untuk tatapan umum sudah mencukupi.

Namun, pihak konservatif tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana mereka mendakwa Ariel menyumbang kepada kejatuhan nilai moral di negara itu.

Beratus-ratus golongan konservatif yang melepasi kawalan polis berhimpun di pagar mahkamah sambil menjerit, ‘Terlalu Ringan!’ ‘Terlalu Ringan!’

Lebih 500 orang melakukan demonstrasi dan sesetengahnya melemparkan kenderaan polis yang membawa Ariel dengan telur busuk dan tomato, sementara yang lain memegang sepanduk mengecam penyanyi itu.


Ariel adalah selebriti pertama yang didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat tentangan orang ramai dan anggota Kabinet.

Ia dilihat sebagai terlalu kabur dan hukumannya terlalu berat.

Ariel mendakwa pita rakaman itu dicuri dari kediamannya dan dihantar ke dalam talian tanpa pengetahuannya tetapi Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, bintang pop itu tidak melakukan apa-apa untuk mencegah penyebarannya ke Internet.


Kebanyakan peminat Ariel sedih dengan hukuman dijatuhkan ke atas penyanyi itu..

p/s..dulu sgt suka dengar lagu kumpulan peterpan n my fwenz minat ngan ariel..skunk bila da dgr cmni ape erk reaksi dye...

huhu sabaw jew la

Tiada ulasan: