Our Sweet Home

Hye guys..this is our blog..with lots of luve..
We create it as to share some knowlegde..not just luve..
but if u wanna share, story to us ur story..
you can comment it..thanks^_^

Rabu, 5 Januari 2011

Selaras kalendar IPT berperingkat


Kementerian tetapkan jadual kemasukan pelajar minggu pertama September
PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan pada setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Jun ke September dapat dilaksanakan sepenuhnya, mulai sesi akademik 2013-2014.
Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos, manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan kementerian untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015. "Bagi tahun ini, selepas mengambil kira pandangan IPT, kita menetapkan jadual kemasukan pelajar ke IPTA pada minggu pertama September kerana tarikh pendaftaran asal yang dicadangkan dan cuti Aidilfitri adalah terlalu dekat. “Oleh itu, kita akan memberikan kebebasan kepada universiti sama ada memanggil pelajar lama mendaftarkan diri, pada September atau mengikut jadual ditetapkan sebelum ini," katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai cadangan penyelarasan kalendar akademik IPTA di sini, semalam. Mohamed Khaled berkata, kementerian percaya pelaksanaan anjakan kalendar akademik dapat meningkatkan perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa menerusi mobiliti pelajar dan pensyarah di IPT tempatan dan luar negara. Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi negara, katanya, pelajar IPTA perlu didedahkan dengan senario, budaya dan amalan di luar negara bagi membolehkan mereka membina sahsiah dan menimba pengalaman. “Sebagai contoh, pendedahan menerusi Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik kepada pelajar IPTA kita mengenai amalan di luar negara, tetapi peluang itu tidak dapat dimanfaatkan kerana perbezaan jadual akademik antara universiti tempatan dengan negara berkenaan. “Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar dan profesor dari universiti luar negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dengan penuntut serta tenaga akademik Malaysia," katanya. Mohamed Khaled juga berkata, penyelarasan itu juga dapat membantu mengatasi mobiliti pelajar ke luar negara kerana setiap tahun Unit Pusat Universiti (UPU) berdepan pelajar yang sudah memasuki, keluar selepas mendapat tawaran ke luar negara pada September.

Tiada ulasan: